Menanti pelangi indah
Hujan
gerimis mengundang rasa terharu buat pelajar-pelajar di kolej 12 Universiti
Malaya. Tatkala ini kelihatan ramai yang melelapkan mata masing-masing untuk
menghayati lena tidur disulami kesejukan hujan. Namun tidak bagi zamani. Zamani
watak utama bagi cerita ini. Zamani merupakan pelajar yang selalu merendah diri
dan tidak pandai untuk menunjukkan bakat yang dia ada. Sikap zamani yang
kadang-kadang lurus bendul memberi peluang kawan-kawan yang lain untuk
membulinya namun semua itu cerita lama. Jika ini diceritakan balik kisahnya
saat mula-mula menjejakkan kaki di kolej ini sememangnya banyak cerita yang
terselindung dan boleh dibuat novel dalam beberapa bahagian. Namun cerita ini
akan berkisar kisah hidupnya pada tahun akhir semester di kolejnya.
“zamani,
mana ko nak pegi ni ujan-ujan?” kata hakim yang merupakan teman sebiliknya.
“aku ada
kerja sikit ni..penting sangat kot..”katanya sambil tersenyum.
“ko tu awek bukannya ada.
Buat-buat tergesa-gesa pulak aku tengak ko.”perli Hakim.
“hai....setiap kali aku nak
keluar ko mesti cakap benda yang sama. Awek2 ni tak pentinglah dan aku sedar
siapa diriku ini.”katanya sambil berlawak jenaka.
Hakim hanya
mampu melihat dan membiarkan sahaja temannya itu keluar dalam keadaan hujan
yang belum reda. Zamani yang dalam keadaan tergesa-gesa mengambil motornya dan
menuju ke arah luar pagar kolej 12.
Arah tujunya
merupakan padang bola kerana perlawanan bola sepak antara kolej akan diadakan
pada minggu hadapan. Semangatnya yang berkobar-kobar memang tidak boleh
disangkal lagi. Di benak fikirannya hanya bola, bola dan bola.
Dalam
keadaan hujan lebat langsung tidak difikirkannya yang penting hatinya berkata
dia ingin menang dan menjadi juara. Bola ditendang sekuat hati di hadapan pintu
gol dan zamani menjerit sekuat hati tanda puas dapat menjaringkan gol meskipun
dia tahu itu hanyalah perlawanan latihan. Baju kotor, badan penat langsung
tidak dipedulikannya asalkan puas bermain bola.
Pendekkan
cerita.....................”_
Kejohanan bola sepak
antara kolej telah diadakan...
Kelihatan semua pasukan sudah bersedia namun pasukan
zamani yang dikenali sebagai Singa lapar masih tidak sampai-sampai. Pasukannya
yang merupakan juara bertahan pada tahun lepas menjadi harapan budak-budak
kolejnya.
“lamanya budak-budak
ni...tahulah juara tahun lepas.”bebel zarina yang merupakan kawan baik zamani.
“si zamani pun satu kaki
poyo bajet star main tak adalah hebat sangat pun. Katanya sambil diiringi gelak
tawa bersama budak-budak perempuan yang sememang suka bergosip.
Tak lama kemudian hadirnya pasukan yang dikatakan poyo
oleh zarina dengan semuanya berbaju merah menyala dengan harapan membuat team
pihak lawan takut.
“sampai pun ko bajet
star..bajet c.ronaldo la sangatkan”..kata zarina sambil tersenyum.
“eh..ko ni salah ke aku
jadi star. Aku berusaha pun sebab kolej kita jugak kan?kata zamani sambil
ketawa.
“yela ko...ko buat yang
terbaiklah..kitaorang semua sokong korang ni. Bagi kolej kita menang lagi ya.”zarina
akhirnya berlalu bersama-sama kawannya.
Setiap yang dijangka pasukan singa lapar akhir masuk ke
final bertemu kucing mengaum yang merupakan kolej ketujuh. Di saat bola berada
di kakinya dan membawa ke arah pintu, zamani terpaku seketika apabila seorang
pelajar perempuan melintasi belakang pintu gol pihak lawan. Zamani terpaku dan
akhirnya bola dirampas.
“zamani ko men bola ke ko
nak tengok perempuan?”jerit hakim dan beberapa kawan yang lain yang merupakan
peminat setia singa lapar.
Kelihatan nora berjalan bersama kawan-kawannya bagi
menyaksikan kolejnya iaitu kucing mengaum. Nora merasa kurang selesa apabila
zamani memandangnya seperti singa lapar. Dia memalingkan muka dan mengambil
tempat bersama kawan-kawannya.
Zamani berasa penah melihat pelajar tersebut. Hatinya
seperti terkunci tanpa menghiraukan tomohan dan kata-kata orang yang berada
diluar. Kedudakan masih 0-0 hingga ke minit 70.
“dia datang tengok bola
jugak rupanya.”hatinya mula berbisik.
“kenapa aku rasa macam dah
jatuh cinta ni..”dia bermonolog dalam hatinya.
Zamani menjadi begitu bersemangat melihatkan gadis tadi
datang menonton bola. Pada minit ke 90 satu lorongan cantik dihantar kepada
zamani dan akhirnya satu rembatan dilakukan dan gol telah dijaringkan oleh
zamani.
Semua yang berada di situ bersorakan dan menjerit
memanggil nama zamani sebagai hero singa lapar. Zamani menjerit sekuat hati dan
mengangkat tangan sebagai tanda syukur. Di sebalik meraikan jaringan tersebut
dia sempat menjeling ke arah nora dan melemparkan senyuman. Nora langsung tidak
menunjukkan sebarang reaksi kerana melihatkan kolejnya kalah lagi pada tahun
ini.
“ko memang hebatlah.
Tahniah la menang lagi tahun ni..” zarina melemparkan kata-kata pada zamani.
“akhirnya c.ronaldo ni
jugak yang jaringkan gol..”katanya sambil sedikit membuat muka berlagak.
“yela2..ko jangan nak
berlagak sangatlah tadi bola nasib jela..kalo aku pun boleh je nak masukkan
dalam pintu gol tu. Zamani tersengih dan mula mencari kelibat nora.
“awak yang baju hitam
tu.....panggil zamani sambil menunjukkan pingat yang dipegangnya. Nora menjadi
rimas namun masih melemparkan senyuman.
“tahniahlah kolej awak
menang lagi tahun ini.”zamani tersenyum melihatkan kata-kata nora.
“awak nama apa ? tak salah
kan saya nak berkenalan?..” nora menjadi segan mendengar kata-kata zamani.
Nora cuba berjalan meninggalkan zamani yang
terpingga-pingga. Zamani berasa serba salah dan membiarkan nora melangkah
meninggalkannya.
Pendekkan
cerita.................
Zamani berusaha mencari facebook nora demi mengenal lebih
rapat nora. Nasibnya begitu baik apabila hisham yang merupakan kawan baik
zamani dan juga senior nora di fakulti mengetahui facebook nora.
Dengan seberapa pantas yang boleh, zamani mengapai
laptopnya dan mencari nama nora batisha. Akhinya menjumpai facebook nora dan
dia berharap nora akan menerimanya sebagai kawan.
“harap dia terima aku
la...tapi aku dah tukar profile picture mesti dia tak perasanlah nanti.”cuba
menenangkan dirinya.
Pendekkan
cerita................
Nora menerima zamani sebagai rakan facebooknya. Ketika
ini juga zamani memfokuskan hanya pada nora dalam facebooknya.
Ruangan chating..”)
Zamani-“nama awak nora
rupanya..kan senang bagitau ari tu..
Nora-“eh...awak siapa ?
kita pernah kenal ke?
Zamani-“saya kapten
pasukan singa lapar. Awak dah lupa ke ?”
Nora-“oh.......yang
berlagak tu eh? Kenal sangat2...tapi tahniah la kat awak ya
Zamani-awak ni xde lah
sombong sangat. Ni yang senang ni......
Nora-senang?? Apa maksud
awak??
Zamani-maksud saya..senang
lah saya tuk berkawan dgn awak...sy ingat awk ni mcm cewek2 yang bajet cun kat
luar sana.
Nora- kurang asam punya
ayat....
Hari demi hari , masa demi masa zamani dan nora menjadi
kawan yang baik dan selalu berkongsi cerita tapi bukan cerita peribadi. Zamani
merasakan dia sudah menjumpai cinta sejatinya setelah lama single. Mereka
menjadi seperti belangkas dan bersama dalam pelbagai hal. Zamani merasa sangat
selesa dan mulai sayang terhadap nora.
Pendekkan cerita..........
Sebulan kemudian..........
Zamani meluahkan perasaannya kepada nora. Nora terkejut
dan cuba berdiam sahaja.
Zamani terpaku dan rasa
keliru.
“aku ada buat salah ke?
Aku jujur betul2 bukannya main-main “hatinya berbisik.
Esok ,lusa dan berminggu-minggu nora tidak kelihatan on9
dalam facebooknya. Mesej juga tidak dibalas.
“ko nape sekarang aku
nampak serabut macam kera ni..dahlah rambut macam penyapu dah aku tgk ko
ni..apa2 hal ko boleh cite kat aku.” Hakim cuba mengenalpasti masalah kawannya.
“kalo kita luahkan
perasaan kat seseorang..memang org tu akan lari pastu sembunyikan diri ke ? aku
tak fahamlah apa silap aku.
“eh ko ni...memanglah kalo
dia tak sedia tak pun dia dah ada bf. Ko ni betul-betul ke dah jatuh cinta. Aku
ingat ko ni gay..layan bola je 24 jam.” hakim seakan perli.
“ko tak paham..aku memang
gila bola tapi aku kan manusia dan aku ada rase cinta antara dua insan. Aku
rasa aku dah jupe cinta hati aku la.” Zamani membuat muka bersalahnya.
“ko sabarlah..ko pegi
solat hajat pastu mintak petunjuk ilahi..kita ada tuhan dan doa adalah senjata
kita bila kita ada masalah.”hakim cuba memujuk hati keras zamani.
Selesai menunaikan solat hajat, hati zamani menjadi
semakin tenang. Kalo sebelum ni jika dia stress pastinya speaker sony gear yang
akan bergema sehingga menganggu kedamaian jiwa pelajar lain.
Pendekkan
cerita...............
Kul 7 pagi keesokannya satu pesanan ringkas muncul di
kaca telefon bimbitnya.
Mesej...
awak...saya minta
maaf...saya dah buat awak terasa tapi
awak harus tahu saya belum sedia lagi.
Saya lagi gembira jika
kita berkawan seperti dahulu dan selesa. Saya bukan tidak boleh terima awak
tapi sy arap awak mengerti. Saya minta maaf. Nora.Salam.
Zamani cuba membalas mesej itu namun berjam-jam masih
tidak juga nora tidak membalasnya. Hari demi hari zamani berfikir dan kadang2
cuba melupakan nora. Namun masih tidak boleh melupakannya.
Malam......kul 8.....pasar
seni....
Melihat peminta sedekah dan penyanyi jalanan membuat
zamani cukup terharu hingga menitiskan air mata.
“aku bersyukur atas segala
kurniaanMU...”hatinya mula terusik.
Di saat dia meletakkan wang di tabung seorang pak cik buta.
Dia merasakan bahawa dia bertanyakan sesuatu kepada pak cik buta setelah
melihatnya cuba berjalan untuk pulang.
“terima kasih
nak..........”pak cik tua berkata.
Pak cik..pak cik tinggal
dimana? Tak pe biar saya pimpin pak cik.
“Tak pe nak..pak cik dah
biasa..walaupun secara zahirnya pak cik buta tapi hati pak cik tidak buta.
Hidup ini penuh cabaran dan dugaan nak. Kita hidup di dunia ni hanya
sementara.” Kata-kata pak cik tersebut telah membuatkan zamani tersentuh. Dia
tahu bahawa dia telah banyak melakukan kesilapan dalam hidupnya.
“pak cik..saya telah
melakukan kesalahan kepada kaum hawa..saya rasa bersalah sangat.....”zamani
cuba meluahkan ceritanya sambil menunggu bas untuk menghantar pak cik buta itu
pulang.
“nak.....tidak baik kita
merosakkan kaum hawa..meskipun mereka lemah tapi sebab mereka jugalah kita
berada di sini...ingatlah nak kalo kita merosakkan dan melukakan hati mereka
azabnya begitu besar disana..nak...jauhilah zina jika berlaku bertaubatlah.......”kata-kata
pak cik buta itu cukup bermakna namun
zamani tersenyum.
“pak cik dah salah tafsir.
Saya Cuma membuatkan seseorang itu kecewa dgn saya dan larikan diri daripada
saya. Saya betul-betul jujur dan sayang kat dia tapi saya sedar diri saya ni
tak seberapa.”
“oh...gitu plak kamu
ni..kamu harus bersyukur. Sekurangnya kamu sihat tubuh badan..kamu perlu lihat
mereka yang lagi teruk hidupnya...jika kamu betul2 jujur padanya kamu berusaha
tapi ingat jodoh di tanganNYA. Kita boleh berusaha dan berdoa. Ingat tu anak
muda.
Masa berlalu dengan
pantas...........
Hari demi hari kisah nora dan zamani seakan lenyap di
arus masa. Namun Zamani masih berhasrat untuk menjadikan nora permaisuri dalam
hidupnya.
Hu..tahniah.cerita yg agk menarik.tp bg la hepy ending..6t tlis sambungnnye ye taw
ReplyDeleteterima kasih kerana komen
ReplyDelete