Monday, 15 October 2012

Cuba kau hayati hidup ini...


Sekadar puisi kemanusiaan yang ringkas.....-+}
pengemis.. dia lagi mulia daripada kita kalau dia hargai hidup dan mulia disisi ilahi. Daripada memperlihatkan kita yang huru-hara hidupnya seperti dilanggar ombak yang tersembunyi. Ini kerana kita tidak tahu kisahnya.
buruh binaan..memandangnya kita malas,kita rasa dia sangat hina apabila kita berada di atas dan hidup serba mudah namun di sisi ilahi ,tiada siapa yang menduga. Mereka bekerja berjam-jam di bawah matahari yang tiada henti memancarkan cahaya kepanasan namun keikhlasan sanubarinya demi sesuap nasi meneruskan keringat hingga bermandikan lautan peluh berbanding kita yang bersenang dan malas bekerja dan hidup bergantung kepada sesiapa.
Tukang cuci/pengutip sampah..sama jua isi ceritanya. Catatan hidupnya demi mencari rezeki yang halal, sesuap nasi dan tidak perlu kita menghina mereka kerana jasa mereka jauh lebih berguna. Senyuman Keikhlasannya lebih bermakna. Nilai diri sendiri sebelum menilai kurangnya orang itu.
Puisi ( sajak senyuman keikhlasan).
Panas mentari cahaya sang matahari
Dia bekerja dan tetap berusaha
Keringat tiada henti jua memerah
Demi sesuap rezeki melimpah

Lautan gelora hangat diredah
Mencari titik arah kehidupan
Susah duka terus berjuang
senyuman keikhlasan terpancar indah

dengan senyuman itu hilang kepenatan
berjuang demi rezeki ilahi Yang Pemurah
tidak mengenal erti putus harapan
tetap tersenyum meniti kehidupan

_ cabaran daripada puisi cikgu kauseling-
terima kasih.... (",)

4 comments:

  1. Daripada memperlihatkan kita yang huru-hara hidupnya seperti dilanggar ombak yang tersembunyi. Ini kerana kita tidak tahu kisahnya.
    Sedikit sebanyak sy thu dari ckgu bm ini.. :)
    puisi mendekatkan hati kepada yg maha mencipta manusia..
    terbaikkkkkkkkk ! awk lg best kot. lembut.
    puisi saya ''kasar'' kan
    hehe. tahniah.. nnt kita buat lg ok? :)

    ReplyDelete
  2. ok mas..x de hal..:)
    nnt nak guna tema ape?
    kita buat lirik lagu pulak la..hehe

    btw, tq fren... :)
    puisi mas pun ok jgk la..hihi

    ReplyDelete
  3. mana2 tema pun mas insyaAllah boleh cuba, jom. x pernah try lagi try bt lirik lagu nie.. huhu.. jom je..
    ah iyela 2. tq2

    ReplyDelete

NAFSU BATASI IMAN

S egalanya dusta merosakkan hikmah Sang mata terus liar bicara Sang jiwa belum puas meraja Nafsu dirajai bak permaisuri Menjadi hin...