Maafkan aku...
Pemandangan
yang indah di luar tingkap asrama dilihat Syamil bagi menenangkan jiwanya
selepas mengenangkan apa yang terjadi semalam. Syamil seperti tidak berpuas
hati kerana tidak dibenarkan masuk padang semasa perlawanan akhir pertandingan
bola sepak antara kolej meskipun pasukannya sudah mendahului. Perkara yang
membuatkan Syamil lebih tidak dapat menerima hakikat, pengurus pasukan tersebut
adalah rakan baiknya yang seharusnya memberi peluang untuk merasai nikmat
sebenar kemenangan di atas padang. Bagi Syamil, kejuaraan semalam seperti tidak
berlaku dan hatinya panas apabila
mengenangkan perkara itu. Kini, Syamil cuba untuk bangkit kembali.
“Apa yang
terjadi padaku ini?” Syamil merungut dalam hatinya. “Kenapa setiap usaha aku
gagal dan tidak memnbawa tuah. Adakah aku ini memang ditakdirkan macam ini?”Syamil
terus menyalahkan dirinya tidak semena-mena. “Ahh....banyak lagi perkara aku
nak fikir”. Tiba-tiba perutnya terasa sakit yang teramat sangat. “datang pulak
penyakit lama aku ni...”Syamil mengerang kesakitannya itu. “Ya
Allah....bantulah aku ini..”Syamil cuba menahan sakitnya. Kedengaran nada
dering Shut Up dan Syamil mencari-cari telefon bimbitnya. “Intan
rupanya..Intan, aku rasa kau masih tidak faham aku meskipun kau terlampau baik
buat aku.”Syamil membiarkan panggilan dan terus menahan rasa sakitnya. Setelah
beberapa jam berlalu akhirnya rasa sakit itu hilang.
Syamil terus
keluar mencari ketenangan dengan menaiki motor. Keindahan kota Kuala Lumpur di
lalui sepenuhnya oleh Syamil. Jalan Bukit Bintang menjadi destinasi perhentian
Syamil setelah sejam berjalan-jalan dengan motor. “Ya Allah...kenapa aku rasa
sebegini ?” pada masa ini dia teringatkan sesuatu iaitu dosa-dosanya.
Sebulan yang lalu...
“Abang, kenapa buat macam ni kat
saya? Saya dah sayang kat abang tapi sanggup abang nak tinggalkan saya macam
ini saja. “luah Aina kepada Syamil. Syamil terpaksa buat sedemikian kerana
memiliki dua lagi teman wanita.
“Aina..awak bukan pilihan abang,
maafkan abang.”
“oh..lepas apa yang berlaku awak
nak tinggalkan saya pulak” nada Aina seperti ingin marah.
“Syamil tidak mampu berkata
apa-apa dan meninggalkan Aina keseorangan di Times Square.
Aina
menangis dan merintis dibiarkan sebegitu. Syamil terus bergerak meninggalkannya
dengan rasa bersalah. Di kala itu juga Syamil menghantar pesanan ringkas kepada
Siti yang merupakan teman wanitanya yang berada di Putrajaya.
“Siti, jom keluar makan..” mesej
mudah dan terus dibalas oleh siti.
“jom sayang”.
Selang
sejam kemudian, Syamil bertemu Siti yang kelihatan sudah menunggunya di depan
hostelnya. Syamil menjemputnya dengan motosikalnya.
Tibanya
di kedai makan berhampiran hostel siti. Syamil seperti membuat wajahnya sedih
dan kecewa di hadapan siti. Ini membuatkan siti tertanya-tanya.
Siti merupakan wanita yang mudah tersentuh dan
mudah kesian terhadap seseorang terus bertanya secara lembut sebab syamil
kelihatan muram dan sedih.
“tiada apa-apalah siti. Jom makan
dan pasni kita bincang.”
“baik sayang. Siti meniyakan apa
yang dikatakan oleh Syamil.
Selang
setengah jam, mereka akhirnya habis makan dan syamil masih terus berwajah muram
dan sedih.
“awak ni kenapa?” siti terus
menyoalnya secara lembut.
“saya rasa hubungan kita setakat
ini sahaja sebab saya ada masalah” syamil yang akhirnya membuka mulut dengan
kata-katanya membuatkan siti terasa yang amat dalam dihatinya.
“kenapa awak ni tiba-tiba macam
ni..” siti cuba mendapatkan kepastian daripada syamil.
Keadaan
restoran yang riuh rendah tidak mampu mengubah keadaan muram pasangan ini
dan siti kelihatan mengalirkan
air matanya di hadapan syamil.
“awak..jangan sedih sebab kalau
kita teruskan hubungan ini..kita akan bermasalah nanti”.
“tapi kenapa baru sekarang awak
buat keputusan ini setelah 2 tahun kita tanam rasa cinta kita bersama”...siti
seakan-akan marah dengan keputusan syamil itu. Syamil berdiam sahaja dan di
dalam hatinya dia berasa puas dapat melafazkan kata-kata yang menyakitkan hati
seorang wanita itu.
Siti
hanya mampu menangis dan dibiarkan sebegitu sahaja. Syamil membuat keputusan
berlalu pergi menaiki motornya meninggalkan restoran.
“akhirnya aku dah lepaskan dua
orang dan sekarang aku boleh menumpukan kepada ika yang lebih cantik dari
korang” syamil berkata-kata dalam hatinya dikala sedang menunggang
motosikalnya.
Setibanya
di kolej, syamil menjadi lebih tenang namun nada dering telefon tidak berhenti
dengan lagu situasi nyanyian bunkface. Mesej-mesej diterima daripada siti dan
aina. Mereka masih masih tidak dapat menerima hakikat setelah ditinggalkan.
No comments:
Post a Comment