Thursday, 27 September 2012

Mini cerpen – Dendam Tidak Terpendam


Zamri..”tolong jangan buat macam ini. Saya tidak mahu kehilangan awak. Cubalah bersabar setelah apa yang awak lalui. Saya mengerti keadaan dan perasaan awak dan saya tahu awak kuat. Jangan lakukan semua ini.”Amani cuba menenangkan Zamri yang seolah-olah hilang pertimbangan dalam dirinya. Pisau di tangan digengam dengan kuat dan memegang leher adi dengan sekuatnya yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan.
5 tahun lalu....
            Suasana pagi terasa tenang dan damai dirasai Zamri. Hari ini merupakan hari pertama dia menjalani kehidupan sebagai pelajar di universiti malaya. Dia mendapat kos multimedia dan mendiami kolej 12. Langkah-langkah dijejakinya seperti biasa dan menjalani kehidupan seperti biasa. Di sini Zamri menjumpai seorang teman yang menjadi rumetnya iaitu Abu.
“kau pergi kelas bila, zam? Nanti kita pergi sekalilah.
“okey..kul8.30 pagi kita gerak sekali.
            Kehidupan di kolej dijalani seperti biasa dan mereka gembira menjalaninya bersama-sama. Di sini zaki dan ali juga menjadi teman berbual dan berbincang. Mereka berempat menjadi kawan baik. Segala aktiviti kolej dilalui  dengan gembira namun semuanya seakan-akan palsu diluar kerana Zamri menjalani kehidupan yang huru-hara dengan masalah keluarga yang alaminya. Masalah bertambah teruk apabila bertemu adi dan gengnya yang juga merupakan rakan sekelasnya.
“cuba lihat budak ini teruk..boleh jadi mangsa kita ni..” adi menyatakan dengan suara yang kuat.
            Zamri berasa tidak selesa dengan keadaan ini dan ini selalu terjadi di dalam kelas. Adi dan gengnya membuli dengan mengata dan memburukkan nama Zamri namun dia tidak pernah melawan dan hanya bersabar. Tepat jam 2 petang akhirnya kelas tamat dan ini memberikan kelegaan kepadanya. Di luar, dia dapat melegakan jiwa dengan berjumpa dengan orang yang tidak berperangai seperti adi. Kehidupan seperti cerah kembali apabila tidak berada di dalam kelas itu.
“tenang hatiku...aku sabar je..nasib baik kelas dah tamat untuk hari ini.” Luah hatinya.
            Hari demi hari dan masa berganti masa sudah 3 tahun zamri berada di universiti malaya ini. Abu, ali dan zaki masih menjadi kawan baik.
“kau ok x ? aku tahu kau bermasalah dengan adi dan gengnya tu..kau bersabarlah..kau kena ingat sabar itu anugerah dariNYA.”abu cuba menenangkan zamri jika setiap zamri mengeluh tentang kes buli adi dan gengnya.
“aku dah 3 tahun bersabar kau tahu..aku berdoa supaya budak-budak tu tak ada kat sini tidak kisahlah macam mana jadipun.” Zamri cuba menyatakan perasaan geramnya.
“islam tidak mengajar kita untuk membalas dendam macam ini..cuba kau maafkan mereka tu. “zaki mencelah bagi mengawal kemarahan zamri.
“ya..aku memang setiap malam sebelum tidur memang aku maafkan mereka tapi makin menjadi-jadi perangai adi jahanam ni baru-baru ni dia memburukkan nama aku kat budak-budak junior sampai aku rasa asing kat sini...korang rasa ini boleh tahan lagi ke?..”zamri cuba memberitahu hal yang baru terjadi.
            Kehidupan di kolej menjadi tidak seindah pelajar lain meskipun zamri sudah 3 tahun belajar di sini. Adi dan gengnya akan selalu mencari jalan melemahkan semangat dan tumpuan zamri. Zamri kadang-kadang hampir bergaduh dengan zamri namun tidak mahu memburukkan keadaan kerana tahu dia adalah harapan keluarga kerana merupakan anak sulung. Kisah cinta juga musnah di sini apabila hampir semua pelajar wanita sudah tahu keburukan zamri yang ditokok tambah oleh adi dan gengnya. Ini memburukkan keadaan dan emosi dalaman zamri.
            Hari demi hari dan masa cepat dan pantas berlalu dan kini zamri dan kawan-kawannya sudah berada di semester terakhir. Meskipun begitu zamri tetap menjadi mangsa buli adi dan gengnya.
“zamri, kau bersabarlah..lagi sebulan kita kat sini pasni kau takkan jumpa mangkuk tu lagi..bawa bersabar”ali cuba memujuk hati zamri tatkala mengingati apa yang terjadi kepadanya.
“ok..aku ok saja tapi jangan sampai lepas tamat belajar aku berjumpa muka tu..akan ada suatu yang buruk akan berlaku”zamri cuba menyatakan sesuatu.
            Tekaan zamri tepat meskipun hanya beberapa minggu akan menamatkan pelajaran di kolej namun adi masih mencari pasal dengannya. Hanya kerana perkara remeh adi membesarkan dan memburukkan keadaan sehingga ramai yang memandang rendah kepada zamri.

Masa berganti masa akhirnya zamri dan yang lain telah mencapai kejayan dan mendapat ijazah masing-masing. Di alam pekerjaan, zamri seperti tidak dapat membiasakan diri namun dia bersyukur tiada lagi makhluk bersama adi yang berjaya memusnahkan hidupnya. Di sini zamri bertemu seseorang yang berjaya menawan hatinya namun dek kerana masih teringat kenangan lama di kolej membuat dia terkongkong dalam membuat keputusan mengenai cinta dan jodohnya.
“awak pekerja baharu kan?”tanya amani secara tiba-tiba membuatkan zamri terkejut.
            Amani merupakan gadis pilihan dan sering menjadi tumpuan pekerja lelaki termasuk CEO di syarikat herba sdn.bhd. ini membuatkan zamri terkelu kerana jarang amani menegur lelaki di sini.
“ya..baru je kerja sini...saya kerja di bahagian pemasaran. Nama saya zamri. Awak?
“oh...saya amani dan saya setiausaha syarikat ini. Saya baharu dapat tahu syarikat ini mempunyai pekerja baharu yang tampan macam awak. Jadi tak salah saya bertanyakan”.
            Kata-kata amani tersebut membuka pintu hati zamri untuk mengenali insan bersama wanita. Zamri merasa kebahagian akan muncul dan kembali bersinar dalam hidupnya. Lama kelamaan hubungan zamri dan amani menjadi akrab. Ini membuatkan ramai pekerja lelaki cemburu dengannya.
“sebelum ini awak tidak pernah bercinta?”pertanyaan itu menjadi beban kepada zamri kerana dia akan mengingat kembali permusuhan dan kejahatan adi kepadanya sehingga ramai pelajar kolej memandang sebelah mata terhadapnya.
“saya tidak pernah bercinta dan dulu masa kat kolej.......”kata-katanya terhenti disitu.
“awak okey? Mungkin kita boleh share masalah dan apa sahaja yang boleh dishare.”amani cuba memujuk kembali hati zamri yang seperti terdiam.
            Setelah 2 tahun berlalu. Hubungan cinta amani dan zamri mekar dan membuat keputusan untuk berkahwin pada tahun hadapan. Namun mimpi indah itu terganggu apabila mengetahui adi telah menjadi ahli syarikat yang mempunyai kerjasama dengan syarikat dan mengetahui hubungannya dengan amani. Ini membuatkan zamri tertekan kerana dendam masih membara dan sukar untuk memaafkan adi.
           
Namun sangkaan zamri meleset kerana adi seakan-akan telah berubah namun itu semua tidak langsung mengubah hati zamri yang masih berdendam dengannya.
“awak okey tak?”amani cuba mendapatkan kepastian zamri setelah melihat renungan tajam zamri terhadap adi.
“zamri..lama tak jumpa kau..aku nak mintak maaf..”adi akhirnya menuturkan sesuatu kepada zamri.”
“hai badut..lama tak jumpa kau..” zamri menyatakan sesuatu lalu keluar untuk melarikan diri daripada adi.
“zamri..aku minta maaf atas kesalahan aku...bagi peluang kepada aku..”
“pukul 8 malam di atas bumbung syarikat aku..” kata-kata ringkas zamri itu seakan biasa dan dia tersenyum tanpa adi mengesyaki sesuatu yang akan berlaku.
            Tepat jam 8 adi sudah berada di atas bumbung dan menunggu zamri. Di saat adi menunggunya, satu sepakan dari belakang mengenai adi dan adi hampir jatuh ke bawah bangunan 12 tingkat ini.
“minta maaf?...senang je kau cakap setelah bertahun-tahun aku menderita...mana geng kau ha iblis?...zamri melepaskan beberapa kali tumbukan ke muka adi.
“aku minta maaf...aku dah insaf..aku dah buat hidup kau musnah dan aku mengerti semua itu..”adi terus menerus memohon maaf kepada zamri.
            Tanpa disangka, amani sudah berada di situ kerana mengesyaki zamri akan melakukan sesuatu perkara tidak baik setelah melihat reaksi muka zamri tadi. Amani terus menahan dan memujuk zamri yang seakan-akan hilang pedoman dan sudah tidak dapat mengawal kemarahannya kepada adi.
Selang beberapa minit kemudian, satu pisau dihalakan ke leher adi. Ini menyebabkan adi tidak dapat melakukan apa-apa kerana mengakui kesalahannya.
“zamri...jangan lakukan kerja bodoh...tolong jangan lakukan semua ini..” adi cuba memujuk kemarahan yang sudah membara dalam diri zamri.
“hahaha...kau ingat kau dapat lepas kali ini..aku nak bagi kau rasa apa yang aku rasa sebelum ini..habis terhiris perasaan aku...kali ini aku akan menghiris diri kau...”
Zamri..”tolong jangan buat macam ini. Saya tidak mahu kehilangan awak. Cubalah bersabar setelah apa yang awak lalui. Saya mengerti keadaan dan perasaan awak dan saya tahu awak kuat. Jangan lakukan semua ini.”Amani cuba menenangkan Zamri yang seolah-olah hilang pertimbangan dalam dirinya. Pisau di tangan digengam dengan kuat dan memegang leher adi dengan sekuatnya yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan.
            “zamri...maafkan aku...aku berjanji akan tolong kau dalam kerjaya kau demi menebus kesalahan aku.” Adi memujuk hati zamri yang seakan-akan sudah reda dengan tangisan dan rayuan amani.
            Lama kelamaan zamri melepaskan adi dan terbaring bagi menenangkan dirinya. Amani terus mendapatkan pisau dan membalingnya ke tepi.
“adi.. baik kau pergi dari sini...biar aku selesaikan semuanya dengan zamri.” Amani meminta adi pergi dan adi berlalu pergi.
“awak..maafkan saya saya...”
“shh...saya faham perasaan..kita lupakan semuanya ya..saya nak awak tenang dan kembali ceria. Saya benar-benar sayangkan hubungan kita.” Amani menyatakan sesuatu sehingga membuatkan zamri tersenyum.
Setelah setahun berlalu...
            Majlis perkahwinan antara zamri dan amani berlangsung dengan meriah di dewan syarikatnya. Suasana cukup harmoni dan segala rasa dendam seakan-akan terpadam apabila adi turut dijemput.
“awak...terima kasih atas segalanya...” kata-kata zamri kepada amani yang menjadi pemaisuri dalam hidupnya.
“saya harap kita akan mengecapi kebahagian..dan kita buka buku baru ya sayang.”
“okey my princess...”zamri dan amani tersenyum.

4 comments:

NAFSU BATASI IMAN

S egalanya dusta merosakkan hikmah Sang mata terus liar bicara Sang jiwa belum puas meraja Nafsu dirajai bak permaisuri Menjadi hin...